Ugh Atikah agak malas nak update blog tapi disebabkan Taylor Swift menang PCA, Atikah pun cuba merajinkan diri dengan cuba untuk mengupdatekan blog.. So Taylor Swift telah menang Favorite Country Artist namun gagal memenangi Favorite Female Artist selepas tewas kepada rakan baik Taylor, Katy Perry..
Taylor Swift yang baru sahaja putus dengan Jake Gyllenhaal jelas tidak bersedih dan dilihat cukup gembira sepanjang anugerah berlangsung walaupun kini Taylor tidak lagi memakai gelang berwarna pink yang menjadi trademark Taylor dan Jake semasa mereka berdua masih bersama.. Dengan Taylor telah membawa adiknya, Austin sebagai temannya di PCA Award..
Namun semasa acara karpet merah (atau biru sebenarnya) Taylor dilihat cukup serasi bersama seorang lagi jejaka/pelakon kacak yang digilai ramai wanita di luar sana yang baru berpisah dengan kekasih hatinya, Vannessa Hudgens.. Yeah beliau ialah Zac Efron.. Tengok sahajalah pic ini, wow mereka berdua dilihat cukup comel sekali.. Maybe Zaylor akan bersama selepas ini?? haha..
Taylor Swift telah memberi ucapan ini semasa beliau menerima anugerahnya.. "To the fans.. This award coming from you is such a showing of love and I want to thank you so much for always being people I can count on!" Sebelum Taylor tweet ini 'Thank you SO much for the Peoples Choice Award! It's sitting here all sparkly in my hotel room. I love you guys. :)'..
Taylor Swift turut menyumbangkan tenaganya dengan memberikan anugerah Favorite Movie Actor kepada Johnny Depp yang menewaskan ex Taylor Swift dan salah seorang rakan baiknya, Taylor Lautner.. Johnny Deep sebelum membuat ucapannya memberitahu ini.. "Taylor Swift, by the way.. My daughters said if I didn't say hi to you I'd be in big trouble, so.."
Taylor telah membalasnya dengan melambaikan tangan kepada Johnny Depp sambil cakap 'hai' dekatnya.. haha.. Wow.. Cuba bayangkan kalau Lautner yang menang?! Semua peminat menyebut 'Taylor' tapi Taylor Swift menyebut Johnny Depp sebagai pemenangnya.. Wow.. X dapat Atikah bayangkan..
Selepas tamat acara anugerah Taylor telah pergi berjumpa dengan rakan baiknya, Selena Gomez yang memenangi anugerah Favorite Breakout Artist.. Dengan dilaporkan Selena bergurau dengan Taylor dengan memberitahu yang Taylor mengambil alih dunia dengan Taylor membalas 'so are you'.. haha.. Sweet giler Taylena nie..
Anyway, Atikah tertanya-tanya adakah ucapan Taylor semasa beliau memenangi anugerah Favorite Country Artist, beliau menujukannya kepada Jake Gyllenhaal?? 'always being people I can count on'.. Wow ada makna di sebaliknya itu.. Namun walau apa-apa pun tahniah Taylor and I love you so much..
No comments:
Post a Comment