Monday, December 27, 2010

OMS!!! I want that so badly!!!

So bila anda masuk je ke Taylor Swift Online Store gerenti mata anda tidak berkelip-kelip dan mula menunjukkan segala-galanya dan mahu dapatkannya.. Atikah tidak terkecuali.. Dan Atikah dah ada beberapa target dah sebelum mula menyampaikan hajat Atikah kepada mak Atikah supaya belikannya.. So this is my current list of Taylor Swift thing I so badly want!!

Navy Blue Lyrics Long Sleeves tee.. Sebabnya ianya tangan panjang dan of course mak Atikah akan berikan lampu hijau untuk beli nie.. Namun of courselah mak Atikah akan paksa Atikah pakai sebab beli mahal-mahal.. Tapi mak, Kah beli untuk tengok je.. haha.. Sebabnya sayang nak pakai.. Nanti kotor ke apa ke menangis Atikah.. haha (seriously)..

Taylor Swift Zip Junior Hoodie.. Aaahhh.. Atikah nak sangat hoodie nie.. Boleh menayang satu sekolah nanti kalau datang sekolah dalam hujan haha.. Jangan nanti waktu balik hilang dah.. haha.. Menangis semalamanlah jawapnya sampai Taylor Swift datang.. haha.. Dalam mimpilah.. Betul x?? haha..

Taylor Swift Ladies Light Khaki Hat.. Well to be honest Atikah suka membuat koleksi topi.. Atikah ada entah berapa topi Arsenal.. Dan macam-macam lagi.. So x lengkap rasanya kalau x dapatkan topi Taylor Swift.. Walaupun ianya agak pinky.. Di mana I'm not so into pink but this hat is so cute!! So must have it!!

Taylor Swift Guitar Pick Pack
&
Speak Now Pick Jin & 6 Guitar Picks.. Atikah nak kedua-dua guitar picks nie.. Barulah bertambah semangat lagi nak belajar main gitar.. Betul x.. haha.. Oh nanti-nanti.. Senarai Atikah x habis lagi.. Ini pulak yang seterusnya..

Okey yang terakhir ialah Speak Now Blanket!! So Taylor Swift boleh menemani Atikah semasa kesejukan dan pastikan Atikah tidak mati kesejukan.. haha.. So bila bangun pagi-pagi ada muka Taylor Swift menemani Atikah disamping teddy bearnya yang memerhatikan Atikah.. haha.. Wow.. Kalau ikut duit Malaysia kesemuanya sekali termasuk shipping dalam RM 660.. Wow..

Anyway I need to be Fearless stay Fearless and Speak Now to my mum that I want it so much!! Like my school present!! But it must meant I need to wait until I get my iPod Touch.. Ugh.. Oh lupa pulak.. Atikah juga nak Taylor Swift Backpack nie.. Maknanya dalam RM780.. Nampaknya maybe Atikah beli sikit-sikit dulu kut.. Tengoklah..

P/S : I think maybe about the guitar picks I will join Taylor Swift Malaysia bulk order.. I don't know yet.. Gonna ask my mom about it maybe in mid January.. Oh also I don't care if I get it late if I won the ticket for Taylor Swift Live In Singapore.. But damn my entry isn't submit yet by them.. Ugh..

Friday, December 24, 2010

Merry Swiftmas Swifties!!

So kesemua rakan-rakan ku dan termasuk Atikah sendiri x sambut Krismas.. Namun tahun ini Atikah sambut Merry Swiftmas setiap tahun bermula tahun ini.. So kalau anda peminat Taylor Swift anda juga patut sambutnya atas faktor Taylor cukup suka krismas.. haha.. Dan jangan lupa bagi hadiah okey.. Apa-apa je asalkan ianya Swifties..

Oh cakap pasal hadiah ini hadiah anda semua.. Jangan lupa bagi hadiah balik dekat Atikah okey.. xD.. Dengar tu Akhmar.. xD.. So tertanya-tanya apa yang mahu dilakukan kalau menyambut Merry Swiftmas?? Atikah akan beritahu.. Tak banyak dan tak susah pun.. First acara bagi hadiah tu mesti.. haha..

Perkara kedua dan yang terakhir ialah pastikan hari anda dipenuhi dengan lagu Christmas dari Taylor Swift.. Sound of The Season The Taylor Swift Collection CD.. So bila anda lakukan kedua-duanya, sudah cukup untuk menyambut Merry Swiftmas!! So Merry Swiftmas Swifties and Taylor Swift!! Have a wonderful Swiftmas..

"I hope you all have a beautiful Christmas. I also hope that Kevin Bacon commercial comes on again. Best. Commercial. Ever." So ini adalah tweet Taylor pada hari Krismas.. So stay Fearless and don't forget to Speak Now..

Wednesday, December 22, 2010

Tay & Jake thinking about marriage !!

"Taylor is beaming and Jake has never been happier. They’re already dead set on moving in together and are talking about marriage, which is exciting for her because she has so many dreams about that fairytale ending. Taylor is hoping he’ll pop the question. It could even be as early as next year. This romance was just so unexpected. Jake has fallen hard. He feels like she’s The One. People are telling them to slow down because Taylor’s so young, but she has been a star for years so she’s very mature."

So what you guys think.. To be honest I wanna cry.. I also feel so shocked about this news cause I kinda expected it but maybe I just so scared.. There so many thing for Taylor Swift fans to be scare if this news and rumor is so damn true.. First thing is we all will scare to lose Taylor Swift that we know all this time..

Caring about her fans and her fans always be her number one priority.. Second well I can't think the rest of it cause I just so scare to lose that Taylor Swift.. I admit that I like Jake Gyllenhaal so much.. I think he really a nice person and he maybe THE ONE for Taylor Swift.. And they can live happily ever after..

But I don't know, she to young alright so damn young but I admit Taylor is do damn mature than her age.. I admit I wanna see Taylor get married have children write a songs about happily love story or something like that.. But I don't know I just scare with everything.. I will always be her fans no matter she married or not.. Cause I love she just the way she are..

I don't know.. One thing for sure is let time tell us.. If this news is right I will be happy for she.. And hopefully she always be the same person no matter what happen.. So what ever you do just stay Fearless and remember never ever forget to always Speak Now..

Taylor Swift is really a lucky girl

Taylor Swift is really a lucky girl isn't she.. She won almost everything, date with such an handsome guys and have a fantastic fans, friends and family that always back her up, support her and will always behind she all the time.. And it's not looks like going to stop.. Why I said that?? Cause easy, Jake Gyllenhaal..

Jake Gyllenhaal adalah seperti yang Atikah sangkakan selepas spy Jake dan melakukan research tentang Jake.. Ramai yang mengakui Jake cukup bertuah untuk dapat kekasih seperti Taylor Swift dan Jake pastinya perlu memastikan Taylor kekal menjadi miliknya dan cuba tidak menghancurkan hari Taylor kerana Jake pastinya tidak mahu menjadi satu lagi inspirasi heart break song dari Taylor..

Selepas menerbangkan Taylor Swift dari US ke London, membawa Taylor berjumpa keluarganya dan membelikan gitar eksklusif kepada Taylor, Jake meneruskannya dengan ini adalah apa yang sebenarnya yang dilakukan Jake semasa hari jadi Taylor Swift.. Jake telah memberikan 21 pound best Kona Coffee that available dan membuat sendiri kad hari jadi untuk Taylor Swift..

Namun ianya hanya murah berbanding hadiah sebenar yang diberikan Jake untuk Taylor.. Hadiahnya ialah an Oscar-worthy bracelet - nearly 30 carats of colourless diamonds set in white gold.. Dan harganya melebihi 100 ribu dollar!! WOW!! Yeah Atikah pun cakap tu jugak bila dapat tahu pasal nie.. haha..

See that's why I said Taylor is really a luck girl.. Jake yang berusia 30 tahun pada 19 Disember yang lalu jelas sekali cukup serius dengan Taylor walaupun menegaskan beliau tidak mahu terburu-buru tentang apa-apa.. Nampaknya hasrat Atikah nak tengok Taylor menyinari karpet merah Golden Globe tahun depan tidaklah impossible..

Sementara itu Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal telah diundi sebagai Hottest Celebrity Hook Up of 2010 menewaskan nama-nama besar yang lain seperti Halle Berry's and Olivier Martinez, Ryan Seacrest and Julianne Hough, Kate Hudson and Matt Bellamy dan Avril Lavigne and Brody Jenner.. Anyway Stay Fearless and Speak Now..

Saturday, December 18, 2010

Taylor Swift working on BTD music video

So penantian fans Taylor Swift mendengar sebarang berita tentang music video Back To December diberikan satu berita yang cukup baik selepas Taylor Swift kini dalam pengambaraan (atau mungkin baru tamat) music video Back To December selepas Yoann Lemoine director untuk Back To December music video mengesahkannya melalui laman rasmi twitternya..

"Just finished shooting TAYLOR SWIFT new music video in Nashville and NY UPSTATE".. Ianya agak mengecewakan kerana pastinya ramai yang mengharapkan Roman White yang mengarahkannya.. Namun Yoann sebelum ini pernah mengarahkan music video Teenage Dream yang dinyanyikan salah seorang rakan baik Taylor, Katy Perry..

Namun hey no worry.. Kerana music video ini pastinya lebih baik atau sama bagusnya macam music video Mine.. Namun Atikah yakin Taylor pastinya akan turut mengarahkan music video ini.. Walau apa-apa pun tiada tarikh bila ianya akan ditontonkan.. Namun apa yang pasti ramai yang mengharapkan ianya akan ditunjukkan pada bulan Disember..

Namun tanda tanya terbesar ialah siapa yang akan berlakon dalam music videonya.. Apa yang pasti ramai yang mengharapkan ianya ialah Taylor Lautner namun ianya pastinya tidak akan terjadi.. Walau apa-apa pun x sabar untuk music video tersebut dan wow baru sehari Atikah x online Atikah terlepas berita baik ini..

Anyway gotta go kerana beberapa minit sahaja lagi sebelum E! tunjukkan Taylor Swift E! Special Episode!! Bukannya x tengok lagi tapi well tiada peraturan menghalang tengoknya lebih dari sekali haha.. Have a good day and remember be fearless and speak now..

Thursday, December 16, 2010

Note from Taylor Swift

Okey apa yang Atikah postkan ini adalah benar ucapan dari Taylor Swift yang Taylor postkan di Taylor Connect.. So ianya bukan main-main okey.. Ini adalah ucapan Taylor Swift kira-kira 3 jam yang lalu semasa Atikah tulis blog ini tentang hari jadinya yang ke-21 yang lalu..

Hey!

I wanted to say a huge thank you for all the love you guys sent my way on my 21st birthday. Wow. I really felt it from you, and I can't thank you enough. My birthday was wonderful, and the highlight for me was when my brother walked through the door in the middle of the party.. He's away at college and I didn't think I'd see him until Christmas! But there he was, walking through the door with his backpack. I was SO surprised! I had so many people I love around me, and was thinking of all of you (who I love too). Working on planning the tour every day has been so exhilarating. I hope your holidays are memorable and quirky and special, and I'll be thinking of you as always.

I love you!

Taylor

Oh.. Taylor x pernah x berjaya membuat ucapan yang cukup sweet sekali.. Namun part yang paling Atikah suka ialah adik kesayangannya Austin Swift membuat kejutan kepada Taylor Swift.. Kalau Atikahla itu adalah hadiah terbaik untuk diterima memandangkan dengan jadual yang ketat dan sebagainya.. So anyway stay Fearless and Speak Now..

P/S : Just realized Taylor always said quirky.. haha.. (If I'm not wrong.. Is it right Akhmar??)

Wednesday, December 15, 2010

Taylor will go to Golden Globe Award??

Acara karpet merah Golden Globe tahun hadapan berkemungkinan akan disinari dengan Taylor Swift memandangkan teman lelakinya, Jake Gyllenhaal yang tidak menyangkakan dirinya tercalon sebagai Best Actor dalam anugerah tersebut.. Jadi pertanyaan sama ada Taylor mungkin akan menemani Jake ke acara anugerah Golden Globe pastinya akan hangat diperkatakan..

Namun ianya berkemungkinan tidak akan menjadi kerana Jake menegaskan beliau tidak akan terburu-buru untuk membuat sebarang keputusan.. Namun sudah semestinya peminat Taylor Swift mahu melihat artis kesayangan kami ini menyinari acara karpet merah Golden Globe dan mungkin juga selepas ini Oscar dan Emmy award??

Dan mungkin juga selepas ini Jake akan turut menemani Taylor ke acara-acara anugerah industri muzik untuk memastikan tiada siapa lagi menganggu Taylor semasa ucapannya.. haha.. Oh tentang ketiadaan Jake semasa parti birthday kecil-kecilan yang di hadiri seramai 70 orang adalah disebabkan Jake mempunyai urusan di LA..

"Taylor was in high spirits and was sporting a cute tiara.. Everyone was saying how good the food was and wondering how in the world they had time to do it.." Taylor turut memberikan kada ucapan terima kasih kepada band dan label managementnya walaupun pada hari jadinya.. Namun highlights hari jadinya ialah memberikan hadiah kepada tetamu-tetamunya..

"It was fun watching everyone open their gifts.. Taylor loves that game.." Seperti yang Atikah beritahu sebelum ini, Taylor menganjurkan parti bertema krismas dan Taylor serta maknya, Andrea memasak hors d'oeuvres selepas Taylor selesai keluar bersama salah seorang rakan baiknya Julianne Hough.. Anyway stay fearless and speak now..

All about Taylor Swift (Part 1)

Okay disebabkan kawan ku yang seorang ini iaitu cik Ctnur Qamaryna Zarqa (betul ke aku eja nama hang Qama?? Ingat2 lupa lah) yang menganggap dirinya peminat Taylor Swift namun tidak tahu segala jawapan kepada quiz yang di ambilnya tentang Taylor, Atikah membuat keputusan buat post pasal ini dan memberikan pengetahuan tentang Taylor Swift..

Pada 13 Disember 1989 lahirnya seorang bayi perempuan yang di namakan sebagai Taylor Alison Swift di Wyomissing, Pennsylvania di sebuah ladang krismas yang dimiliki keluarganya sebelum berhijrah ke Nashville, Tennessee semasa beliau berusia 13 tahun.. Oh Taylor juga mempunyai kudanya sendiri..

Scott Swift merupakan ayah Taylor Swift.. Merupakan seorang stockbroker.. Untuk pengetahuan anda setiap kali ayah Taylor berada di konsertnya, ayahnya sering memberikan guitar pick kepada peminat-peminat Taylor.. Boleh dikatakan poket ayahnya penuh dengan guitar pick bergambar Taylor Swift..

Andrea Swift pula merupakan mak Taylor Swift.. Andrea merupakan suri rumah tangga sepenuh masa selepas berhenti dari kerjanya semasa Taylor lahir.. Andrea sering berada di sisi Taylor Swift dan Taylor mengakui beliau dan maknya bagaikan BFF dan tiada sebarang rahsia di antara mereka.. Taylor sering bercerita dengan maknya walaupun tentang perkara berkaitan lelaki.. Taylor turut mengakui agak sukar berjauhan dengan maknya ini..

Lelaki ini pula cukup bertuah untuk dipanggil kekasih hati dan buah hati pengarang jantung Taylor Swift.. haha.. Ini adalah Austin Swift adik Taylor Swift.. Austin dan Taylor cukup berbeza.. Taylor lebih terjurus kepada bidang muzik sementara adiknya lebih ke sukan.. Dan Austin juga tidak kisah kakaknya ini telah jual berapa album sekali pun dan bertapa popularnya kakaknya ini..

Austin juga agak sukar dilihat sering menemani Taylor Swift ke mana-mana acara sekali pun ataupun apa jua.. Namun sebenarnya Austin pernah menemani Taylor ke anugerah CMT Award 2009 dan mereka dilihat bagaikan pasangan kekasih namun sebenarnya mereka adik beradik.. Dan juga dilihat menemani Taylor membeli barang.. Austin juga pernah menjadi unofficial photographer semasa musim panas Fearless Tour tahun lepas..

Ini pula ialah Kellie Pickler kakak yang Taylor Swift tidak pernah ada.. Kellie memang rapat dengan Taylor malahan Kellie memanggil mak Taylor sebagai momma Andrea memandangkan Kellie ditinggalkan ibunya sendiri semasa berusia dua tahun dan membalasnya dengan menjadi kakak yang Taylor tidak pernah ada.. Mereka berdua juga pernah membuat lagu bersama-sama malahan bergandingan dalam muzik video dan lagu tersebut.. Lagu tersebut ialah Best Day Of Your Life..

Mereka mula menjadi rapat semasa kedua-duanya bersama-sama semasa tour Brad Paisley lebih kurang 4 tahun dulu.. Oh.. Rasa-rasanya Kellie panggil Taylor x jadi pengapitnya semasa dia kawin nanti?? Memandangkan mereka berdua memang rapat dan mereka berdua bagaikan adik beradik..

Selena Gomez pula merupakan BFF Taylor Swift.. Namun Selena mengakui yang Taylor bagaikan kakak kepadanya.. Walaupun jadual kedua-dua mereka cukup sibuk, Taylor dan Selena sering mencuri masa untuk bertemu bersama.. Dan malahan Taylor mengakui yang kalau Selena telefon dia pukul 4 pagi dia tetap akan menjawabnya kerana tahu sesuatu yang menarik akan berlaku..

Dan Selena mengakui Taylor membantunya melepasi break up yang sukar.. Dan lagu A Year Without A Rain sebenarnya ditulis Taylor Swift bersama-sama Selena Gomez.. Dan Selena turut menutup mulutnya semasa beliau ditanya sama ada Taylor bersama sesiapa sekarang ini.. Dan Selena turut mengakui yang beliau dan Taylor x pernah membuat double date..

Kerana mereka berdua tidak pernah bercinta pada masa yang sama.. Selena juga membuat video kepada Taylor semasa Taylor dianugerahkan sebagai CMT Songwriter of The Year.. Dan hubungan mereka cukup rapat sekali.. Dan mereka jelas bukan setakat BFF namun bagaikan adik beradik..

Ini barulah BFF Taylor Swift.. Abigail Anderson merupakan rakan baik Taylor sejak mereka berdua berusia 15 tahun dan Abigail pula merupakan orang yang menginspirasikan lagu Fifteen dan menjadi orang terawal yang sering mendengar lagu baru Taylor.. Dan Abigail telah muncul dalam 2 muzik video Taylor Swift..

Yang pertama ialah Picture To Burn dan Fifteen sudah semestinya.. Abigail juga beberapa kali muncul dalam talk show bersama Taylor dan beberapa rancangan TV tentang Taylor Swift.. Taylor pernah mengunjungi Universiti Abigail di Kansas untuk turut berada di kelas bersama-sama Abigail untuk meluangkan masa bersama-sama..

Abigail cukup beruntung kerana hubungan mereka cukup baik walaupun Taylor merupakan seorang superstar.. Taylor masih meluangkan masa bersama-sama Abigail malahan kadang-kadang membawa Abigail sekali bersamanya semasa beliau pergi bercuti.. Okey cukuplah dulu.. Kita sambung pula nanti.. Stay Fearless and Speak Now..

Tuesday, December 14, 2010

Jake Birthday Present for Taylor

Jake Gyllenhaal sekali lagi mengeluarkan duit poketnya hanya untuk Taylor Swift apabila membeli gitar Fender Gretsch yang ditandatangani ikon country muzik Chet Atkins yang bernilai 7 ribu pound The Sun melaporkan.. Sebelum ini Jake turut mengeluarkan sejumlah 100 ribu pound untuk menerbangkan Taylor ke London untuk menghabiskan masa bersama..

Menurut sumber.. Jake Gyllenhaal membelinya selepas Taylor Swift ternampak gitar tersebut semasa mereka berdua berada di Nashville.. Jake membuat keputusan secara senyap-senyap membelinya sebagai hadiah namun ianya berakhir dengan Jake membuat keputusan memberikannya sebagai hadiah hari jadi kepada Taylor Swift..

Ohh.. Ianya cukup sweetkan.. Jake memang cukup baik.. Bertuah betul Taylor Swift.. X payah cakap apa-apa cuma tunjukkan minat dan bang dapat terus.. haha.. Well nampaknya pasangan Tay dengan Jake akan terus bersama-sama walaupun ramai menganggap mereka berdua tidak akan bertahan lama.. Namun bagi Atikah ianya dilihat tidak akan terjadi..

Apa-apa pun Atikah gembira selagi Jake menjaga Taylor sebaik-baiknya.. Namun ingat Jake bila semua Swifties dengar lagu sedih sahaja dari Taylor tentang anda lebih baik anda lari.. Kerana Kanye sampai lari beberapa bulan sebab digertak Swifties sementara Joe pulak terpaksa membuat kenyataan menerusi video.. Si John Mayer?? Well belum lagilah..

Namun walau apa-apa pun Atikah semakin lama semakin suka pasangan Jake dan Tay ini kerana Jake jelas sekali seperti apa yang Atikah dengar.. Seorang yang setia sweet heart dan selepas beberapa penyelidikan tentang Jake well Atikah akui Jake seorang yang cukup baik untuk bersama-sama Taylor.. Anyway Stay Fearless and Speak Now..

P/S : Still in Taylor Swift Birthday Mood.. haha xD

Monday, December 13, 2010

She 21 but still the same girl

Taylor Swift mungkin sudah berusia 21 tahun dan boleh melakukan apa sahaja sekarang ini namun Taylor Swift masih seperti yang semua Swifties kenal.. Iaitu bukanlah jenis yang suka berparti.. Dan Taylor mengekalkannya dengan menyambut hari jadinya seperti budak-budak tanpa ada sebarang kontroversi malahan tanpa Jake Gyllenhaal di sisinya..

Taylor Swift menyambutnya bersama dua rakannya yang juga ahli bandnya, Caitlin dan Liz dengan memakai topi parti dan pizza yang mempunyai lilin bernombor 21 di atasnya untuk menyambut hari jadinya yang ke-21.. Oh dan juga menari semasa mendengar lagu Pink.. Sebelum Taylor menuju ke radio station untuk temu ramah dan sedikit parti hari jadi..

Di sebuah radio country di sekitar Nashville di mana Taylor ditemu ramah pada hari jadinya, Taylor telah diberikan kek, kad dan dinyanyikan lagu Happy Birthday sebelum menyambutnya secara kecil-kecilan di radio station dan ini apa yang dikatakan Taylor semasa ditemu ramah.. "Plans? For my birthday? This is it! This was all I planned for. It snowed yesterday, you know, so that kind of limits activities. I may sit inside my apartment and pretend I’m in a snow globe.”

"I don’t feel older all of a sudden. It’s a state of mind thing, how you see the world, being excitable, staying excitable and impressionable and doing your best not to become jaded or bitter. I think keeping your mind and your heart open keeps you young." haha.. Inilah Taylor Swift yang Atikah kenal.. Never Grow Up.. haha..

Taylor seperti kebiasaannya pastinya akan menyambut apa-apa sahaja bersama-sama peminatnya dan tahun ini juga tidak terkecuali selepas Taylor Swift Online Store membuat offer dengan setiap pembelian akan diberikan satu hadiah percuma dari harga 10 dollar dan ke atas.. Namun Taylor mengakui dia mungkin ada plan pada petang harinya..

Walau apa-apa pun Taylor Swift masih seperti yang kita kenali.. Tidak berparti dan jelas tidak berminat untuk membuat parti besar-besaran.. Dan jelas sekali beliau menyambutnya tanpa Jake Gyllenhaal.. Anyway Stay Fearless and Speak Now.. Love you Taylor and you always be my role model.. Cause I know I make a great decision on that..

P/S : Semasa Atikah type nie masih ada beberapa jam lagi sebelum hari jadi Taylor Swift tamat ikut waktu US.. Hei sebagai true Swifty Atikah akan sambutnya sepanjang minggu.. haha xD

Sunday, December 12, 2010

Happy 21st Birthday Taylor Swift!!

Happy 21st Birthday my sweet and amazing role model, Taylor Swift.. Ini adalah post ke-13 dan jelas sekali Atikah kena buat sesuatu yang istimewa tentang post ke-13 ini dan sudah pastinya menyambutnya dengan mengucapkan Happy Birthday kepada Taylor Swift.. Well hari ini akan dipenuhi dengan Taylor sudah semestinya..

Atikah dah siapkan segala project seperti video sempena Birthday Taylor Swift dan 13 special BGs untuk account Taylor Swift BGs dan Icon Atikah.. Dan Atikah siapkan segala-galanya hampir pukul 5 pagi tadi.. Nasib baik sempat siap dan sempat upload.. Jadi dah selesai segala-galanya tinggallah plan seterusnya untuk dibuat bersama-sama swifties lain..

First of all mestilah dengar lagu Taylor Swift sepanjang masa dan tengok video dia dan bercerita tentang Taylor dan wish kepadanya dan pastinya Happy Birthday Taylor menjadi TT.. Iaitu Trending Tweet di Twitter.. Oh Taylor tweet 'Tonight @caitlinbird and @elizabethhuett knocked on my door- they brought a pizza with a lit 21 candle on it and bday hats. :)'.. Menjadi top tweet x sampai 30 minit..

Dan kemudian Taylor tweet 'Now I'm dancing around my room alone to @pink's greatest hits cd.'.. Kalau artis lain mungkin sudah berfoya-foya, berparti dan mungkin sudah mabuk, Taylor lebih kepada sifat keanak-anakan dengan menegaskan beliau tidak akan berparti sehingga mabuk.. Malahan tema hari jadinya pun bertemakan Krismas..

Anyway have a wonderful, amazing and sweet birthday Taylor.. Happy 21st Birthday Taylor Swift dan harapnya kejayaan anda akan bertambah dan semoga anda menemui lelaki sebenar yang tidak akan mengecewakan anda lagi dan just stay the same.. Anyway enjoy this video that I made by myself.. Stay Fearless and Speak Now..

Swifties.. Thing to do!!

So hanya beberapa jam sahaja lagi di United States secara rasminya ianya merupakan hari jadi ke-21 Taylor Swift.. Well bagi kesemua true swifty, kesemuanya sudah ada rancangan untuk menyambut hari jadi beautiful and amazing Taylor Swift ini.. Atikah juga tidak terkecuali dan Atikah mengejar masa untuk menyiapkan segala-galanya.. Aaah.. Harapnya sempat siapkan walaupun lambat beberapa jam..

Anyway kepada sesiapa yang tidak tahu nak buat apa semasa hari jadi Taylor Swift ini dan mahu menyambutnya.. Well Atikah ada cara yang pasti anda semua boleh ikut.. X payah nak pergi ke US untuk sambutnya.. Sambut bersama rakan-rakan baik anda yang juga merupakan swifty sudah cukup asalkan anda buat perkara ini..

First of all dan perkara paling penting sekali adalah pastikan hari anda dipenuhi dengan lagu Taylor Swift.. Dari album Taylor Swift sehinggalah ke Speak Now.. Dari lagu di dalam album hinggalah ke lagu yang x ada dalam albumnya.. Non stop dan terus mengulangnya.. Dan hati-hati sebab bila anda banyak sangat dengar lagu Taylor Swift, Swift Syndrome anda akan menjadi lebih teruk.. haha.. No I'm not kidding okay..

Penuhi hari anda dengan melihat music video Taylor Swift.. Dari music video pertamanya, Tim McGraw sehinggalah music video terbarunya, Mine.. Juga ulang kembali kesemua video blog yang Taylor Swift buat dan pastikan juga hari anda dipenuhi dengan menonton filem atau drama yang dibintangi Taylor Swift seperti CSI Las Vegas dan Valentine's Day.. Tapi sayang Atikah tertinggal pulak DVD Valentine's Day.. Ugh..

Pastikan hari anda dipenuhi dengan quote dari Taylor Swift dan apa sahaja yang anda fikir pastikan ianya Taylor Swift dan penuhkan post di blog, Facebook dan tweet di Twitter dengan ucapan Happy Birthday Taylor.. Jika ada twitter pastikan letakkan #Happy21stBirthdayTaylor di setiap tweet anda..

Seterusnya ialah pastikan anda bersama-sama Swifties lain memastikan tahun ini hari jadi Taylor Swift akan menjadi yang terbaik.. Bagi Taylor Swift bangga dengan peminat-peminatnya.. Jadi sertai apa sahaja pertandingan untuk hari jadi Taylor.. Kalau terlambat fikir sendiri apa yang patut anda plan untuk meriahkan hari jadi Taylor..

Well I think that's all.. Kerana Atikah masih ada benda untuk dilakukan dan disiapkan dan masa jelas cukup mencemburui Atikah.. Ugh.. Harapnya segala plan Atikah untuk Birthday Taylor Swift berjalan lancar kerana Atikah berkerja dengan cukup keras sekali untuk memastikan plan ini berjalan lancar.. Anyway Stay Fearless and Speak Now..

Friday, December 10, 2010

The truth revealed

Oh selepas 2 post ini, ianya akan menjadi post ke-13!! Oh kena buat sesuatu special masa post ke-13 tu.. Well sudah pastinya post ke-13 itu Atikah simpan untuk hari jadi ke-21 Taylor Alison Swift pada hari Isnin ini.. Oh x sangka tinggal dua hari sahaja lagi dan video yang Atikah buat untuk hari jadi dia pun masih x siapkan lagi.. Ugh..

Apa-apa pun Atikah cuma nak jelaskan apa yang berlaku semalam di post yang Atikah postkan semalam yang tentang Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal telefon pihak polis untuk menghalang paparazzi dari mengekori mereka dengan ianya agak pelik dan mengejutkan bagi kesemua true Swifties kerana ianya bukan macam Taylor Swift yang kami kenali..

Terima kasih kepada OK! Magazine Online yang menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.. Menurut sumber, Taylor dan Jake membuat keputusan menelefon pihak polis selepas dilaporkan 10 paparazzi mengekori Taylor dan Jake dan mereka seperti kebiasannya berperangai gila-gila untuk mendapatkan gambar mereka berdua..

Ianya disebabkan Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal risau dengan keselamatan orang ramai di sekitar tempat itu.. Taylor seperti biasanya seorang yang penyayang dan mengambil berat pasti risau akan keselamatan semua orang di situ dengan kemungkinan beberapa orangnya adalah peminatnya sendiri..

Sudah pastinya Taylor tidak mahu berita beberapa orang cedera disebabkan Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal berada di muka hadapan setiap akhbar dan majalah dan menjadi berita panas.. Jadi barulah Atikah tahu kenapa Taylor nampak gila punya marah.. Well ini barulah Taylor Swift yang Atikah kenal..

Oh sebelum itu khabar angin terbaru yang Atikah dengar tentang pasangan Tay & Jake adalah Jake Gyllenhaal sedang memikirkan untuk berpindah dan tinggal bersama-sama Taylor Swift.. Wow.. Ini berita yang cukup mengejutkan memandangkan wow mereka gila punya bertindak pantas dan semakin serius..

Namun ianya hanyalah khabar angin.. Namun jika Taylor happy Atikah pun akan happy.. Anyway Taylor isn't it to fast with Jake?? Well sejujurnya walaupun Atikah rasa Jake boleh menjaga Taylor sebaik-baiknya dan mungkin Jake is the one for Taylor, Atikah masih risau dan terus menerus menjaga Taylor kerana Atikah x sanggup tengok dia bersedih lagi.. Kerana ianya cukup menyedihkan.. Anyway stay fearless and speak now..

Thursday, December 9, 2010

Taylor and Jake hot news!!

Nampaknya kepercayaan Atikah dan beberapa kawan Swifties Atikah yang mengatakan Jake Gyllenhaal maybe the one dan future Taylor Swift husband bukanlah mengarut.. Well berita terbaru yang baru Atikah dapat daripada spy Atikah yang sering mengekori Taylor Swift sudah cukup untuk membuktikannya.. Ceritanya begini..

Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal masing-masing berada di Los Angeles dengan Taylor berada di bangku penumpang kereta Audi Q7 milik Jake yang dipandu sendiri Jake untuk maybe ke romantik dating berdua-duan lagi sekali.. Namun biasalah bila jejaka panas seperti Jake bercinta dengan buah hati dunia, Taylor Swift ianya pasti tidak lekang dari menjadi buruan paparazzi..

Namun mungkin Taylor dan Jake masing-masing marah dengan sifat gila-gila paparazzi yang tidak henti-henti mengekori mereka.. Jake dan Taylor telah menelefon pihak polis untuk menghalang paparazzi dari terus mengekori mereka.. LAPD bertindak pantas dengan menghantar kereta polis dan juga sebuah helikopter untuk menyelamatkan Hollywood Latest Hot Couple ini..

Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal sebelum ini telah berjumpa dengan keluarga masing-masing semasa thanksgiving dan jelas sekali hubungan mereka berdua cukup serius walaupun kebanyakannya mengatakan hubungan mereka ini tidak akan bertahan lama.. Namun bagi Atikah setiap hari hubungan mereka dilihat lebih kuat..

Namun biasalah kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku nanti.. Namun yang hairannya kedua-dua mereka terus menerus mendiamkan diri dari memberikan sebarang komen tentang hubungan mereka walaupun jelas sekali mereka berdua bukanlah hanya sekadar rakan baik ataupun teman rapat..

Dengan kawan baik Taylor Swift sendiri, Selena Gomez memberikan petunjuk semua khabar angin ini bukanlah hanya khabar angin selepas memberitahu yang Taylor cukup gembira sangat sekarang ini walaupun beliau bertindak mengunci mulutnya daripada memberitahu bahawa Taylor dan Jake memang bercinta..

Bagi Atikah memang Atikah rasa Jake is the one for Taylor dan Atikah tidak rasa Jake akan mematahkan hati Taylor seperti mana hatinya dipatahkan oleh Joe Jonas dan John Mayer dulu.. Dengan Reese bekas teman wanita Jake sendiri menegaskan yang Jake merupakan seorang yang cukup setia..

Namun walau apa-apa pun harapnya mereka berdua akan memberitahu dunia yang sememangnya mereka bercinta.. Kerana jika Jake is the one Taylor patut beritahu peminat-peminat setianya untuk menerima hakikat yang beliau cukup gembira disamping Jake dan kesemua Swifties patut put their guard down..

Well.. Kebanyakan Swifties yang tidak mahu menerima hakikat Tay-Jake adalah mungkin sebab mereka masih mahukan Taylor kembali bersama Joe mahupun Lautner.. Dan juga atas sebab-sebab mereka terlalu protect Taylor lebih-lebih sangat kerana takut Taylor dikecewakan lagi dan takut Jake hanya mengambil kesempatan..

Semuanya disebabkan Swifties tidak mampu melihat Taylor sekali lagi menulis lagu yang cukup sedih dan bersedih kerana hatinya dipatahkan kerana Taylor tidak berhak menerimanya.. Namun walau apa-apa pun kita patut tunggu dan lihat.. Jika mereka ditakdirkan bersama mereka akan bersama.. Apa-apa pun Jake tell your self that you already be warned by Swifties..

Thursday, December 2, 2010

The 2011 Grammy disappointment

Without a single doubt.. 2010 Grammy Award is the highlights of Taylor Swift amazing career.. Taylor Swift menang bukan satu tetapi empat Grammy!! Fearless Album telah memenangi 'Album Of The Year' di mana ianya telah menjulang Taylor sebagai pemenang termuda untuk kategori itu dan 'Best Country Album'..

Melengkapkan lagi detik indah tersebut sebelum Taylor secara tidak sengaja pecahkan salah satu Grammynya, White Horse telah membantu Taylor memenangi Best Female Country Vocal Performance dan Best Country Song.. Namun sayangnya You Belong With Me gagal dalam kategori 'Record Of The Year', 'Song Of The Year' dan 'Best Female Pop Vocals Performance'..

Gandingan Taylor Swift dan Colbie Caillat untuk lagu Breathe dalam kategori Best Pop Collaboration With Vocal pula gagal memberikan Taylor Grammy kelimanya dalam satu malam selepas tewas dengan lagu Lucky gandingan Jason Mraz dan Colbie Caillat.. Namun cita-cita peminat Tayor menyaksikan Taylor terus mencipta sejarah berkecai..

Namun ketiadaan keanggunan Taylor sejak akhir-akhir ini dan tiadanya lagi artis yang akan menjatuhkan Grammynya akan mencacatkan keindahan anugerah Grammy 2011 selepas Taylor Swift gagal tercalon dalam walau satupun anugerah Grammy walaupun album Speak Nownya telah mencipta beberapa rekod baru..

Namun ianya disebabkan Speak Now dikeluarkan selepas 31 Ogos 2010.. Namun walau apa pun ianya cukup menyedihkan kesemua peminat Taylor Swift.. Namun apa yang pasti jaga-jaga semua orang 2012 Grammy Award akan didominasi Taylor Swift yang pastinya akan membolot segala anugerah yang dicalonkan kerana Speak Now ruled!!

Okey lupakan pasal kekecewaan tersebut.. Kerana Atikah ada dua berita yang cukup panas dan sensasi!! Taylor telah dilihat keluar dari sebuah studio di Nashville bersama-sama ibunya, Andrea selepas berehat seketika dari alam percintaan bersama-sama Jake Gyllenhaal di beberapa buah kedai kopi di sekitar Nashville dan New York..

Ianya pasti memberikan pertanyaan kepada peminat-peminat Taylor yang sama ada Taylor merekodkan lagu baru ataupun di dalam projek album baru.. Hmm.. Namun jika ianya sebuah lagu yang baru pasti semua orang akan tertanya-tanya sama ada ianya untuk Jake ataupun tidak.. Jika ianya benar untuk Jake adakah ianya sesuatu yang baik ataupun tidak.. Hmm.. Kita tunggu dan lihat..

Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal jelas sekali bercinta selepas tidak lagi segan keluar bersama-sama di public.. Lihat sahajalah gambar di atas ini.. Ianya menceritakan segala-galanya.. Berita panas keduanya ialah Taylor dan Jake dilaporkan telah berjumpa keluarga masing-masing selepas menyambut ThanksGiving bersama-sama.. Wow.. Cepat gila.. Nampaknya mereka cukup serious..

OMG!! Bila Atikah tengok gambar ini Atikah semakin menyayangi Taylor dan Jake!! Dan x sabar nak pastikan majalah US Weekly December Issue ini berada di gengaman Atikah.. Hmm.. Ianya mungkin agak sukar untuk mencarinya di Kuantan.. But well I always have my best friend Akhmar.. Haha.. So Akhmar Atikah tahu Akhmar baca nie, so find it to me?? Anyway Stay Fearless and Speak Now!!

P/S: To be honest Atikah dan beberapa Swifties friend rasakan yang mereka akan berkahwin x lama lagi!! xD.. Well jika Jake is the person I will accept it cause he so sweet and really loyal and caring.. But watch out Jake if you let Taylor tear sadness you in a lots of danger..