Thursday, December 9, 2010

Taylor and Jake hot news!!

Nampaknya kepercayaan Atikah dan beberapa kawan Swifties Atikah yang mengatakan Jake Gyllenhaal maybe the one dan future Taylor Swift husband bukanlah mengarut.. Well berita terbaru yang baru Atikah dapat daripada spy Atikah yang sering mengekori Taylor Swift sudah cukup untuk membuktikannya.. Ceritanya begini..

Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal masing-masing berada di Los Angeles dengan Taylor berada di bangku penumpang kereta Audi Q7 milik Jake yang dipandu sendiri Jake untuk maybe ke romantik dating berdua-duan lagi sekali.. Namun biasalah bila jejaka panas seperti Jake bercinta dengan buah hati dunia, Taylor Swift ianya pasti tidak lekang dari menjadi buruan paparazzi..

Namun mungkin Taylor dan Jake masing-masing marah dengan sifat gila-gila paparazzi yang tidak henti-henti mengekori mereka.. Jake dan Taylor telah menelefon pihak polis untuk menghalang paparazzi dari terus mengekori mereka.. LAPD bertindak pantas dengan menghantar kereta polis dan juga sebuah helikopter untuk menyelamatkan Hollywood Latest Hot Couple ini..

Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal sebelum ini telah berjumpa dengan keluarga masing-masing semasa thanksgiving dan jelas sekali hubungan mereka berdua cukup serius walaupun kebanyakannya mengatakan hubungan mereka ini tidak akan bertahan lama.. Namun bagi Atikah setiap hari hubungan mereka dilihat lebih kuat..

Namun biasalah kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku nanti.. Namun yang hairannya kedua-dua mereka terus menerus mendiamkan diri dari memberikan sebarang komen tentang hubungan mereka walaupun jelas sekali mereka berdua bukanlah hanya sekadar rakan baik ataupun teman rapat..

Dengan kawan baik Taylor Swift sendiri, Selena Gomez memberikan petunjuk semua khabar angin ini bukanlah hanya khabar angin selepas memberitahu yang Taylor cukup gembira sangat sekarang ini walaupun beliau bertindak mengunci mulutnya daripada memberitahu bahawa Taylor dan Jake memang bercinta..

Bagi Atikah memang Atikah rasa Jake is the one for Taylor dan Atikah tidak rasa Jake akan mematahkan hati Taylor seperti mana hatinya dipatahkan oleh Joe Jonas dan John Mayer dulu.. Dengan Reese bekas teman wanita Jake sendiri menegaskan yang Jake merupakan seorang yang cukup setia..

Namun walau apa-apa pun harapnya mereka berdua akan memberitahu dunia yang sememangnya mereka bercinta.. Kerana jika Jake is the one Taylor patut beritahu peminat-peminat setianya untuk menerima hakikat yang beliau cukup gembira disamping Jake dan kesemua Swifties patut put their guard down..

Well.. Kebanyakan Swifties yang tidak mahu menerima hakikat Tay-Jake adalah mungkin sebab mereka masih mahukan Taylor kembali bersama Joe mahupun Lautner.. Dan juga atas sebab-sebab mereka terlalu protect Taylor lebih-lebih sangat kerana takut Taylor dikecewakan lagi dan takut Jake hanya mengambil kesempatan..

Semuanya disebabkan Swifties tidak mampu melihat Taylor sekali lagi menulis lagu yang cukup sedih dan bersedih kerana hatinya dipatahkan kerana Taylor tidak berhak menerimanya.. Namun walau apa-apa pun kita patut tunggu dan lihat.. Jika mereka ditakdirkan bersama mereka akan bersama.. Apa-apa pun Jake tell your self that you already be warned by Swifties..

No comments:

Post a Comment