Wednesday, December 15, 2010

All about Taylor Swift (Part 1)

Okay disebabkan kawan ku yang seorang ini iaitu cik Ctnur Qamaryna Zarqa (betul ke aku eja nama hang Qama?? Ingat2 lupa lah) yang menganggap dirinya peminat Taylor Swift namun tidak tahu segala jawapan kepada quiz yang di ambilnya tentang Taylor, Atikah membuat keputusan buat post pasal ini dan memberikan pengetahuan tentang Taylor Swift..

Pada 13 Disember 1989 lahirnya seorang bayi perempuan yang di namakan sebagai Taylor Alison Swift di Wyomissing, Pennsylvania di sebuah ladang krismas yang dimiliki keluarganya sebelum berhijrah ke Nashville, Tennessee semasa beliau berusia 13 tahun.. Oh Taylor juga mempunyai kudanya sendiri..

Scott Swift merupakan ayah Taylor Swift.. Merupakan seorang stockbroker.. Untuk pengetahuan anda setiap kali ayah Taylor berada di konsertnya, ayahnya sering memberikan guitar pick kepada peminat-peminat Taylor.. Boleh dikatakan poket ayahnya penuh dengan guitar pick bergambar Taylor Swift..

Andrea Swift pula merupakan mak Taylor Swift.. Andrea merupakan suri rumah tangga sepenuh masa selepas berhenti dari kerjanya semasa Taylor lahir.. Andrea sering berada di sisi Taylor Swift dan Taylor mengakui beliau dan maknya bagaikan BFF dan tiada sebarang rahsia di antara mereka.. Taylor sering bercerita dengan maknya walaupun tentang perkara berkaitan lelaki.. Taylor turut mengakui agak sukar berjauhan dengan maknya ini..

Lelaki ini pula cukup bertuah untuk dipanggil kekasih hati dan buah hati pengarang jantung Taylor Swift.. haha.. Ini adalah Austin Swift adik Taylor Swift.. Austin dan Taylor cukup berbeza.. Taylor lebih terjurus kepada bidang muzik sementara adiknya lebih ke sukan.. Dan Austin juga tidak kisah kakaknya ini telah jual berapa album sekali pun dan bertapa popularnya kakaknya ini..

Austin juga agak sukar dilihat sering menemani Taylor Swift ke mana-mana acara sekali pun ataupun apa jua.. Namun sebenarnya Austin pernah menemani Taylor ke anugerah CMT Award 2009 dan mereka dilihat bagaikan pasangan kekasih namun sebenarnya mereka adik beradik.. Dan juga dilihat menemani Taylor membeli barang.. Austin juga pernah menjadi unofficial photographer semasa musim panas Fearless Tour tahun lepas..

Ini pula ialah Kellie Pickler kakak yang Taylor Swift tidak pernah ada.. Kellie memang rapat dengan Taylor malahan Kellie memanggil mak Taylor sebagai momma Andrea memandangkan Kellie ditinggalkan ibunya sendiri semasa berusia dua tahun dan membalasnya dengan menjadi kakak yang Taylor tidak pernah ada.. Mereka berdua juga pernah membuat lagu bersama-sama malahan bergandingan dalam muzik video dan lagu tersebut.. Lagu tersebut ialah Best Day Of Your Life..

Mereka mula menjadi rapat semasa kedua-duanya bersama-sama semasa tour Brad Paisley lebih kurang 4 tahun dulu.. Oh.. Rasa-rasanya Kellie panggil Taylor x jadi pengapitnya semasa dia kawin nanti?? Memandangkan mereka berdua memang rapat dan mereka berdua bagaikan adik beradik..

Selena Gomez pula merupakan BFF Taylor Swift.. Namun Selena mengakui yang Taylor bagaikan kakak kepadanya.. Walaupun jadual kedua-dua mereka cukup sibuk, Taylor dan Selena sering mencuri masa untuk bertemu bersama.. Dan malahan Taylor mengakui yang kalau Selena telefon dia pukul 4 pagi dia tetap akan menjawabnya kerana tahu sesuatu yang menarik akan berlaku..

Dan Selena mengakui Taylor membantunya melepasi break up yang sukar.. Dan lagu A Year Without A Rain sebenarnya ditulis Taylor Swift bersama-sama Selena Gomez.. Dan Selena turut menutup mulutnya semasa beliau ditanya sama ada Taylor bersama sesiapa sekarang ini.. Dan Selena turut mengakui yang beliau dan Taylor x pernah membuat double date..

Kerana mereka berdua tidak pernah bercinta pada masa yang sama.. Selena juga membuat video kepada Taylor semasa Taylor dianugerahkan sebagai CMT Songwriter of The Year.. Dan hubungan mereka cukup rapat sekali.. Dan mereka jelas bukan setakat BFF namun bagaikan adik beradik..

Ini barulah BFF Taylor Swift.. Abigail Anderson merupakan rakan baik Taylor sejak mereka berdua berusia 15 tahun dan Abigail pula merupakan orang yang menginspirasikan lagu Fifteen dan menjadi orang terawal yang sering mendengar lagu baru Taylor.. Dan Abigail telah muncul dalam 2 muzik video Taylor Swift..

Yang pertama ialah Picture To Burn dan Fifteen sudah semestinya.. Abigail juga beberapa kali muncul dalam talk show bersama Taylor dan beberapa rancangan TV tentang Taylor Swift.. Taylor pernah mengunjungi Universiti Abigail di Kansas untuk turut berada di kelas bersama-sama Abigail untuk meluangkan masa bersama-sama..

Abigail cukup beruntung kerana hubungan mereka cukup baik walaupun Taylor merupakan seorang superstar.. Taylor masih meluangkan masa bersama-sama Abigail malahan kadang-kadang membawa Abigail sekali bersamanya semasa beliau pergi bercuti.. Okey cukuplah dulu.. Kita sambung pula nanti.. Stay Fearless and Speak Now..

4 comments:

  1. eja salah . siti nurqamarina zarqa . bru bet0l .! hehe . saje je suke suke .sedang berjinak jinak untuk mengetahui pasal dye . haha .

    ReplyDelete
  2. haha.. sape suruh tukar ejaan nama hg dkt FB..:P xD..

    ReplyDelete
  3. hey, i'm mimi. I thought i'm the only TS's fan, haha, well i'm also obsessed bout her really:) but did u know dat , there's rumors that saying the reason y TS're not cming to msia is coz JB is coming here, they need to choose one singer,and JB make it. that's really make me sad :(

    ReplyDelete
  4. hey.. what?? wow itu telah menyebabkan atikah makin membenci Justin Bieber!!! He not as good as Taylor Swift!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete