Oh selepas 2 post ini, ianya akan menjadi post ke-13!! Oh kena buat sesuatu special masa post ke-13 tu.. Well sudah pastinya post ke-13 itu Atikah simpan untuk hari jadi ke-21 Taylor Alison Swift pada hari Isnin ini.. Oh x sangka tinggal dua hari sahaja lagi dan video yang Atikah buat untuk hari jadi dia pun masih x siapkan lagi.. Ugh..
Apa-apa pun Atikah cuma nak jelaskan apa yang berlaku semalam di post yang Atikah postkan semalam yang tentang Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal telefon pihak polis untuk menghalang paparazzi dari mengekori mereka dengan ianya agak pelik dan mengejutkan bagi kesemua true Swifties kerana ianya bukan macam Taylor Swift yang kami kenali..
Terima kasih kepada OK! Magazine Online yang menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.. Menurut sumber, Taylor dan Jake membuat keputusan menelefon pihak polis selepas dilaporkan 10 paparazzi mengekori Taylor dan Jake dan mereka seperti kebiasannya berperangai gila-gila untuk mendapatkan gambar mereka berdua..
Ianya disebabkan Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal risau dengan keselamatan orang ramai di sekitar tempat itu.. Taylor seperti biasanya seorang yang penyayang dan mengambil berat pasti risau akan keselamatan semua orang di situ dengan kemungkinan beberapa orangnya adalah peminatnya sendiri..
Sudah pastinya Taylor tidak mahu berita beberapa orang cedera disebabkan Taylor Swift dan Jake Gyllenhaal berada di muka hadapan setiap akhbar dan majalah dan menjadi berita panas.. Jadi barulah Atikah tahu kenapa Taylor nampak gila punya marah.. Well ini barulah Taylor Swift yang Atikah kenal..
Oh sebelum itu khabar angin terbaru yang Atikah dengar tentang pasangan Tay & Jake adalah Jake Gyllenhaal sedang memikirkan untuk berpindah dan tinggal bersama-sama Taylor Swift.. Wow.. Ini berita yang cukup mengejutkan memandangkan wow mereka gila punya bertindak pantas dan semakin serius..
Namun ianya hanyalah khabar angin.. Namun jika Taylor happy Atikah pun akan happy.. Anyway Taylor isn't it to fast with Jake?? Well sejujurnya walaupun Atikah rasa Jake boleh menjaga Taylor sebaik-baiknya dan mungkin Jake is the one for Taylor, Atikah masih risau dan terus menerus menjaga Taylor kerana Atikah x sanggup tengok dia bersedih lagi.. Kerana ianya cukup menyedihkan.. Anyway stay fearless and speak now..
No comments:
Post a Comment